02 April 2010

fahami erti penikahan........

Ikatan suami isteri dalam Islam bukan hanya kontrak perkahwinan boleh dibubar sesuka hati, malah ia perlu dihormati dan dipertahankan berikutan menjadi sebahagian ibadah mulia yang dituntut agama.

Malah, hubungan pasangan suami isteri seharusnya terjalin berlandaskan undang-undang syariah dan bukan dikaburi janji manis mahupun ganjaran yang tidak pasti.

Presiden Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM), Zainul Rijal Abu Bakar, berkata tindakan segelintir suri rumah mata duitan yang sanggup memperjudikan rumah tangga dengan memujuk suami menceraikan mereka demi memperoleh status ‘janda segera’ gara-gara terpengaruh tawaran pakej hidup percuma oleh bomoh puja nombor ekor di bandar raya ini wajar diberi perhatian serius.

“Melihat isu ganjaran dosa yang dilaporkan akhbar hari ini (kelmarin), ia jelas menunjukkan bahawa wanita berkenaan tidak memahami tanggungjawab dan peranannya sebagai isteri dalam keluarga.

“Sementara bomoh terbabit perlu dikenakan tindakan setimpal oleh pihak berkenaan kerana cuba menghasut wanita melakukan perbuatan yang menjejaskan akidah,” katanya.

Menurut Zainul Rijal, siasatan lanjut perlu dilakukan bagi memastikan laporan yang dibuat pihak suami benar.

“Adalah menyedihkan sekiranya kes ini benar-benar berlaku kerana ia bukan saja membabitkan kes perceraian, malah ia lebih mencemarkan kesucian Islam kerana berkait dengan kegiatan pemujaan nombor ekor,” katanya.

Mengulas berhubung tindakan isteri yang meminta diceraikan suami, Zainul Rijal berkata, golongan sebegini tidak layak mendapat sebarang mutaah.

“Hanya isteri yang diceraikan suami tanpa sebab munasabah saja yang layak mendapat hak dan bagi kes ini, wanita berkenaan tidak layak mendapat mutaah sebaliknya boleh dihukum bersubahat dengan bomoh berkenaan mengikut Seksyen 3, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997, kerana melakukan pemujaan salah.

“Jika disabitkan kesalahan, bomoh dan wanita terbabit boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Katanya, bagi kesalahan memujuk wanita berkenaan supaya bercerai dengan suaminya, bomoh terbabit boleh dijatuhi hukuman denda RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya, mengikut Seksyen 38, enakmen jenayah sama.

“Apa yang penting, wanita yang menerima hasutan sama perlu sedar bahawa apa dijanjikan bomoh terbabit tidak semestinya benar apatah lagi ia berasaskan perkara yang melanggar hukum syarak,” katanya.

[sumber dari mymetro:03Apr2010]

0 comments:

Post a Comment

No comments: